Wednesday, April 02, 2008

bayu

tahu kah kau bayu
yang merentas badanku lembut
kala malam bersama cahaya
yang kau telah satukan hatiku dengan hatinya.
sedarkah kau bayu,
yang kau lalu ke seluruh ronggaku
dan sehalus sentuhanmu
telah kau tahan jiwaku dari terus bebas.
bebas bila unggas menyanyi, menanti awan pagi.
tahukah kau bayu.
yang kau gariskan rasa salju diseluruh badanku
dan aku masih punya selimutmu
tahukah kau bayu
yang aku telah tewas dan idamku
hanya kamu.
untuk kamu pergi jauh
sejauh bintang yang takkan ku gapai
kerana kau bayu hanya persisi bintang
dapat ku rasa, dapat ku temu hadirmu
namun takkan tercapai zahirmu.
kau bayu kepunyaan yang Satu
dan kau bayu hanya mampu aku rindu.

No comments: