Aku yang membenci diri sendiri.
tak sudah-sudah membodohkan diri.
Menjudikan maruah demi sesuatu yang belum
masanya aku terima.
Pincang aku yang hebat ini.
Punya filosofi, punya visi tersendiri.
tapi masih mentah dalam dunia realiti.
alahai...diri aku.
aku yang malu dengan diri.
tak sudah-sudah membodohkan diri.
Tak pernah penat memalukan diri.
tak cukup faham masalah sendiri.
Nak menyesal bukan aku.
ego yang tinggal dah sebahagian lari.
Nak memandang muka malu.
mahu tak mahu terima sahaja pahit kelat
yang sendiri carik.
itulah aku.
Manusia bodoh itu.
masih belajar tentang diri
masih mengenal realiti.
Monday, May 05, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment