Selamat malam…
Bilamana mimpi ini kau ingkari
Hanya kerna hati yang kau miliki
Aku pandang sepi dan terlepas tak di sedari
Yang penuh dengan suci tanpa kemuliaan
Yang entah benar atau tidak niat hati
Hanya tuhan yang maha tahu tapi sinis mata pandangan ku
Dengan tari manis kata-kata yang hebat arjunanya
Sehingga kau terhenti bernafas dan merelakan segalanya
Untuk mengungkap kata sayang pada yang tidak empunya
Bilamana kini semuanya tidak bererti
Selagi tidak bulatnya hati ini
Lari dari segala persoalan demi sayang yang tidak tahu jujurnya
Adakah benar atau salah pujangga yang aku mainkan
Adakah terbalas apa yang tidak terbalaskan
Atau lupakah aku dengan angin yang suatu ketika pernah kau relakan ingkari
Benarkah ini jalan yang menggembirakan aku?
Atau kau yang tetap masih aku sayangi
Yang masih keras dan keliru dengan perkara yang aku sendiri patut luruskan
Tapi enggan kerna sayang ini jugalah yang masih menghalang…untuk kau
Andai benarlah cinta aku suci dan utuh hati ku untuk ku perjuangkan
Menentang ke tidak tentuan yang ciptaan kau
Maka butalah hati ku dan tulilah kata halus ku
Demi kau aku terus mimpi dengan penuh pengharapan
Selamat malam
Kerna aku tetap mahu bermimpi…
No comments:
Post a Comment